Tuesday, 25 October 2011

Jom test power anda!...


Jom test power anda!...

walaupun ada beberapa yang kalian dah tau, tapi tak apa, kita try lagi ek!


Ianya hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Untuk mendapatkan jawapan sila "highlight" pada ruang jawapan. 



Soalan 01:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?Jawapan: Penguin
Soalan 02: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 03: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 04: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?Jawapan: Telur
Soalan 05: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.Jawapan: Kuih Donut
Soalan 06: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 07: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 08: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 09: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 10: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?Jawapan: Spedometer bas lah...
Soalan 11: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 12: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 13: Kenapa mayat dibungkus kain putih?Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 14: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 15: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 16: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 17: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 18: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 19: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 20: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 21: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 22: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 23: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 24: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Soalan 25:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 27:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 28: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Soalan 29: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?Jawapan: Buang tebiat
Soalan 30: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 31: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 32: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 33: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 34: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 35: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 36: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 37: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 38: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 39: Apakah haiwan yang berkaki 3?Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 40: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 41: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 42: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 43: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 44: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 45: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 46: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Soalan 47: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 48: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 49: Binatang apakah yang paling kaya didunia?Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 50: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Soalan 51: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.
Soalan 52: Ada seekor katak masuk ke dalam bilik Ramlee. Ramlee bangun lalu memukul katak itu. Kenapa katak tu tak lari?Jawapan: Katak memang tak boleh lari, ia biasanya hanya melompat!
Soalan 53: Dalam banyak-banyak kotak, kotak ape yg tak boleh diangkat?Jawapan: Kotak penalti
Soalan 54: Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang 4ati bila disiram air?Jawapan: Bunga api
Soalan 55: Jika 1=5, 2=10, 3=15, 4=20, 5=?Jawapan: 5
Soalan 56: Ali terjumpa bangkai kucing dan bangkai anjing... mana satu yang Ali akan tutup dulu?Jawapan: Hidungnya
Soalan 57: Dalam banyak-banyak kotak, kotak ape yang berdosa?Jawapan: Ko tak sembahyang...
Soalan 58: Hari ini bagi soalan matematik sikit... Camne empat boleh berada dalam lima?Jawapan: Jika, I = satu, II = dua, III =tiga, IV = empat, fIVe =f+IV+e=lima
Soalan 59: Diberi makan saya hidup, diberi air saya mati..Siapa saya?Jawapan: Unggun api..
Soalan 60: Ada sekor monyet sedang bergumbira bergayut2 di dalam hutan.. Tiba2 dia terjatuh ke dalam sungai dan berpaut pada kayu hanyut.. dalam sungai tu ada seekor buaya yang ganas ala2 bujang senang gitu.. Camne monyet tu nak selamatkan diri?Jawapan: Aku tak tau...hanya 'monyet' je mampu jawab.. :P
Soalan 61: Bila masuk banyak-banyak.. Bila keluar... satu, banyak-banyak... Dua, sikit-sikit... Tiga, jarang-jarang... Empat, lima dan seterusnya, kadang-kadang... :)Jawapan: 'masuk':masa makan dan 'keluar':masa ke tandas
Soalan 62: Bila saya masuk segi tiga, bila saya keluar je terus gulung-gulung.. siapakah saya?Jawapan: Seluar dalam jenis segi-tiga.
Soalan 63: Berikan perbezaan teman wanita dan isteri....Jawapan: Lebih kurang 20 kilogram
Soalan 64: Apa yang duduknya bawah pusat dan selalu turun naik?Jawapan: Zip seluar
Soalan 65: Dalam banyak-banyak burung,burung apakah yang jaga datuknya?Jawapan: Burung Belatuk.
Soalan 66: Burger apakah yang gembira?Jawapan: Bergembira.
Soalan 67: Dalam banyak-banyak papan, papan apakah yang dikunci?Jawapan: Papan kekunci la. Siot betul la.
Soalan 68: Apakah benda ini tumbuh, tetepi tidak dipanggil tumbuh-tumbuhan.Jawapan: Rambut
Soalan 69: Sukan apa menang daripada belakang?Jawapan: Tarik Tali
Soalan 70: Apa ikan yang sampai dahulu di perairan malaysia...Jawapan: Kepala ikanlah takkan ekor pulak..
Soalan 71: Kenapa penggali kubur menggali kubur tak pakai kasut?Jawapan: Yelah penggali kubur gali kubur pakai cangkul kalau gali pakai kasut sampai setahun pon tak siap gali....
Soalan 72: Kalau lebar sukar keluar, tetapi senang keluar bila sempat, apakah itu?Jawapan: Mulut orang meludah
Soalan 73: Apa warna gigi bayi yang dilahirkan ibunya orng putih dan bapanya orang hitam?Jawapan: Bayi mana ada gigi ada cuma ada gusi saja.
Soalan 74: Kenderaan apa pemandunya ramai manakala penumpangnya seorang saja.Jawapan: Pengusung keranda mayat. Tukang usung ramai yang mati dalam keranda sorang jer.
Soalan 75: Benda apa sekejap dia hitam sekejap dia putih sekejap hitam sekejap dia putih?Jawapan: Peguin yang jatuh tergolek-golek.
Soalan 76: Kenapa hujan turun tak pakai tangga?Jawapan: Sebab nak cepat turun kalau pakai tangga akan jadi lambat.
Soalan 77: Benda apa, bila kite lupa, kita bawak, bila kite ingat, kita tinggal?Jawapan: Kemuncup
Soalan 78: Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?Jawapan: Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan... :)
Soalan 79: Kenapa siput babi jalan lambat?Jawapan: Sebab sambil berjalan, dia asyik fkir dia tu siput ke babi..
Soalan 80: Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?Jawapan:  Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan
Soalan 81: Kecil, putih,tapi kalau dipukul dapat membangunkan orang sekampung.Jawapan: Sebutir nasi terlekat di beduk atau kentongan
Soalan 82: Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal.Jawapan: 15 ekor lah sebab kambing itu cuma melompat je bukan melompat kuar pun.
Soalan 83: Dalam banyak-banyak buah, buah apakah bila ditanya menimbulkan persoalan..Jawapan: Tembikai
Mesti orang tanya kenapa tembikai... Haa....tengok, kan dah menimbulkan persoalan (x kisah nak jwb buah ap
a pun)
Soalan 84: Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia?Jawapan: Taugeh
Soalan 85: Jika kapal terbang masuk gua, apa yang keluar???Jawapan: Keluar surat khabar lerrr..

so, macam mana?...
nampak macam tak logik dan tak masuk akal kan..tapi teka teki di atas ni mengajar kita supaya berfikir di luar kotak!..setuju?..

No comments:

Post a Comment